Monday, January 23, 2012

TRAGEDI CULIK DI KAMPUNG BARU



KUALA LUMPUR: Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dijadikan tebusan di sebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.
“Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata dalam kejadian 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.
“Suspek sebelum itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah terbabit dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya.
“Suspek kemudian mengugut untuk mencederakan mangsa sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam,” katanya.
Zulkarnain berkata ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.
Beliau berkata semasa proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.
“Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi,” katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.
Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.
Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.
“Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya,” katanya.
Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.
Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.
Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.
“Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan,” katanya ketika ditemui. (EHSAN BERNAMA)



Sunday, January 22, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Selamat Tahun Baru Cina ....Sekarang masa utk sang naga beraksi..Dengan harapan semuanya akan berjalan dengan baik dan harmoni...

Friday, January 20, 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Khairil Izwan Pilus atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus, 32, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini, petang semalam, berikutan jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.
Bekas pengacara Bintang RTM itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga dan rakan baik kira-kira jam 6.15 petang. Anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke hospital disebabkan demam kuning, kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.
Awal Disember lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kembali Senyum itu pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak dan ditahan di wad selepas mengadu demam panas, manakala adiknya, Aril AF7 turut dimasukkan ke wad sama akibat demam denggi.

Jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Jasin, Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang, Gubah, Jasin, kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Allahyarham mula dikenali dalam industri hiburan tanah air selepas menjadi finalis Bintang RTM 2004 dan pernah muncul dengan album Indah Lelapku pada 2005. Beliau juga pernah menjadi finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14. (EHSAN BERITA HARIAN)

HAI MY BLOG

Wowww lama tak update blog...ish ish ish..Skrg masa utk kemaskini. cuba untuk mengUPDATE sekerapnya. Rasa sayang nak tinggal.. Tunggu my next post yerr...salam

Monday, June 23, 2008

ERA DIKTATOR YANG PENUH KEMAJUAN


Salamm... lama dah tak update blog sebab masalah yang tak dapat dielakan(RM,RM,RM)..
Dizaman aku hidup di era Tun Mahatir,aku berasa amat selesa dgn corak pemerintahan beliau walaupun ada setengah-setengah pihak mendakwa yg TM mengamalkan corak pemerintahan kuku besi yang terpaksa mengikut telunjuknya.Tetapi apa yg diamalkan TM pada masa itu telah berjaya membawa MALAYSIA kesatu tahap yang kita sendiri tidak boleh kita pikirkan. Dari sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa sehingga berjaya meletakan MALAYSIA tinggi di mata dunia.
Mungkin kini mereka sudah lupa jasa yang ditaburkan oleh TM dgn segala tohmahan yang dilemparkan keatas beliau.. Yang lebih memilukan ada yg mendakwa TM habiskan duit rakyat,TM dah nyanuk dan yang terbaru TM sebagai DIKTATOR.. Aku bukanlah Kroni TM tetapi sebagai rakyat biasa, aku sendiri dapat merasai senario ekonomi,politik dan lain-lain sudah tak stabil.dengan krisis global (MINYAK,MAKANAN) meninpa dunia,kita memerlukan seorang PM yang dapat MENRINGANKAN sedikit beban semua rakyat.. Mungkin saya tak belajar sampai OXFORD tetapi mekanisma baru kerajaan terhadap subsidi MINYAK amat membebankan Rakyat.Sebelum ni MEREKA sibuk dgn kenderaan asing yang membeli petrol di sempadan dengan mendapat harga subsidi tapi sekarang ni diaorg boleh beli dah dan yang terbaru nak buat pump berasingan pulak..MEREKA ni tak pernah terfikir ke yang kita mempunyai MYKAD yang keselamatan terjamin dari dicerobah..jadi dari pandangan saya apa salahnya setiap penguna rakyat MALAYSIA yang mahu membeli petrol atau diesel mesti meleret MYKAD di mesin pam yang tersedia dan mereka akan mendapat harga yg di subsidi oleh kerajaan. Jadi pada kenderaan asing mereka mesti membayar petrol atau diesel dalam harga pasaran. Kan lebih mudah.
Aku ambil contoh seorg yang bekerjaya sebagai pengunting rambut(barber) ,kalau kita lihat kerjaya ini cuma 10% terlibat secara langsung dengan pengunaan MINYAK tetapi apakan daya kos sara hidup yang tinngi mereka terpaksa menaikkan kadar upah utk menstabilkan kos sara hidup mereka..
Kadang-kadang aku terfikir SISTEM KUKU BESI yang dikatakan oleh mereka sekarang lebih EFEKTIF dari SISTEM DEMOKRASI TERBUKA yang diamalkan oleh mereka.
Ok disini saja celoteh aku tentang kerajaan sekarang tunggu post yang terbaru dari saya..
tq...cau cin cau

Thursday, April 10, 2008

Wednesday, April 2, 2008

UMNO DALAM DILEMMA

Salam...Ni yang menjadi masalah di malaysia..macam mana rakyat tak bengang..Kalau semua rakyat dia bagi senang takpala ni dia bagi anak beranak dan sedara-mara dia je bagi kaya..itu pun dia masih lagi tak leh fikir kenapa BN kalah teruk Pada PRU 12.. jadi marilah kita beramai- Ramai menukar kepimpinan Raja Abdullah dalam UMNO supaya tiada lagi musuh dalam selimut
dalam UMNO...

Monday, January 7, 2008


Salam... dalam keadaan kelam kabut Sekarang ni dengan minyak masak susah nak beli kat kedai, Aku terkenang kan pemimpin yang aku sanjungi ini.... bilalah agaknya kita akan mempunyai corak kepimpinan seperti beliau?????? rasanya dah bosan dengan segala isu yang negara hadapi dengan kenaikan minyak petrol, isu A/P , masalah dalam PROTON dan MAS,Hindraf pulak dan yang terbaru skandal DVD menteri.(Ada lagi masalah lain cuma malas je nak tulis)..Semuanya masalah itu hadir hanya pada selepas 4 tahun era kepimpinan beliau tamat...jadi kita renung-renungkan
cow chin cow.......